Sunday, May 28, 2017

Ramadhan 2017 Day 1: Keluarga

1 Ramadhan telah berlalu. Dan tahun ini, aku sambut ramadhan di Sheffield. 1st time sambut di perantauan, seorang diri. Tahun2 yang sudah, bila ramadhan tiba, yang berada di minda mesti puasa, berbuka, raya. 3 benda yang berada di minda bila ramadhan tiba.

Tapi tahun ini, Ramadhan mengajar aku sesuatu yang belum pernah aku rasa sebelum ni. Sebelum masuk Ramadhan, yg berlegar di minda adalah macam mana nak puasa 19 jam sehari. Sekarang summer di UK, so subuh jam 230 am, and maghrib jam 930 pm. Dari aku sampai UK October last year, asyik fikir tentang pengalaman yang bakal dilalui bila puasa 19 jam. Oh my.....

Tapi bila Ramadhan finally tiba, 1 Ramadhan tahun ini mengajar aku erti Keluarga. Yes, semua orang ada family, no big deal. Tapi apa yang aku sedari adalah pentingnya institusi kekeluargaan. Mak, ayah, adik beradik. It seems simple, but it's the most important and valuable lesson.

These past years, mesti sambut puasa dengan family, so x rasa apa specialnya puasa dengan keluarga disisi. Bila dah jauh ni, baru faham apa makna keluarga. Keluarga itu besar maknanya, tinggi nilainya dan tidak terbeli dengan apapun dalam dunia ini. Your family is your person, the person/place that makes you feel  safest, most comfortable and most loved. No judgement, no conditions, no excuses. 

Jadi bila tengok gambar the rest of the family makan sahur, maka bertakung jugalah air mata. Rasa macam jauh sangat, dan gembiranya mereka bersahur bersama. Sayu juga bila kita tiada. The ironic part is, the picture doesn't have the same effect on the person in the picture. They just see it as a family eating together. Tapi aku nampak lebih dari itu. Kasih sayang, affection, tanggungjawab, pengorbanan, riang, suka semua ada dalam satu gambar. It's true when people say "A picture is worth a thousand words". And I found those words in a Whatsapp picture sent by my father. 

Jadi, hari ini Ramadhan mengajar aku erti keluarga yang sebenar. Aku faham sekarang apa itu KELUARGA. Bila bersama rasa biasa, bila tiada rasa oh, adakah itu bahagia?

Sahaja aku puasa esok hari wajib keatas diriku pada bulan Ramadhan tahun ini.

27/5/2017
Sheffield, United Kingdom
-ain yahaya-